1. Siti Khadijah :
Beliau
merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak - anak Rasulullah,
setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang -
orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira’.
2. Siti Fatimah :
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia
kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3. Siti Aisah :
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas
makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4. Siti Hajar :
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).
5. Siti Mariam :
Wanita suci yang memang pandai
menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga
rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6. Siti Asyiah :
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah :
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah :
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya karena
setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias
dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.
9. Siti Zubaidah :
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk
kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah s.w.t.
Semoga ALLAH
senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan
mudah-mudahan ALLAH menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang
sakinah, mawaddah, warahmah, untuk taat kepada suami, dan menyayangi
istrinya. Dan yang belum menikah semoga ALLAH pertemukan jodohnya, dan
segera menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar